guru, jika daku menconteng sesuatu pd bukumu, engkau akan memadamkannya, jika daku mengotorkan mejamu,, engkau akan membersihkanx, dan jika daku pernah menyakiti hatimu, daku berharap engkau akan memaafkan kesalahanku
guru,
engkau ibarat cahaya yg menerangi kegelapan, daku ibarat kegelapan yg memerlukn cahaya itu
guru,
mungkin pelbagai persoalan yg bermain dlm fikiranmu, mengapakah muridku bersifat seperti itu.
guru, lihatlah sebuah mangga yg berkulit kuning dan cerah, warnanya sungguh memikat hati, namun terdapat di sebalik warna yg cerah itu, terdapat kecacatan dan tanda hitam di dalamnya.
guru,
cubalah lihat awan di luar sana, ia kelihatan cerah berwarna putih, namun malang tidak berbau, ia kelihatan gelap dan bewarna hitam pd suatu ketika, pelbagai karenah manusia ketika itu, ada yg ketakutan, ada yg kegembiraan, warna hitam itu tidak akan hilang melainkan awan-awan itu bersatupadu lalu turunlah hujan yg membawa berkat.
guru,
daku ibarat sebuah kenderaan, daku tidak bergerak tanpa pimpinan seorang pemandu, kalau pemimpin itu seorang pemandu yg busuk hatinya, maka daku bergerak melanggar peraturan di jalan raya, dan kalaulah pemandu itu seorang yang mulia hatinya, maka daku berjalan dengan penuh berdisiplin
guru,
apa yg nak ku sampaikan adalah daku memerlukan bimbingan dan pimpinan seseorang, jika aq sebuah mangga , ku berharap seseorang datang memetikku, lalu mengupas kulitku dan menghilangkan apa yg buruk di dalam isiku, lalu menjadikan daku sebagai hidangannya, jika aq awan itu, maka ku harap datang seseorang menghampiri aq, lalu wujudlah ikatan persaudaraan dan perpaduan, di dalamnya wujudlah saling bantu membantu saling maaf memaafkan dan saling nasihat-menasihati, maka terbinalah insan yg berjasa kepada insan yang lain.
guru,
jika aq sebatang pohon, ku harap didikan dan bimbinganmu ialah air, doamu cahaya matahari, keampunanmu tanah yg subur, dan restumu udara yg segar.
akhir kata, doakanlah aq selalu agar daku menjadi pelajarmu yg soleh, selamat dan berjaya di dunia dan di akhirat...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar